Perihal Dang Anum, Laksamana Bentan dan Sultan Mahmud Mangkat dijulang





Lalu Si Pencacai Sultan Mahmud dengan membibit sebiji nangka di hadapan anjung rumah Si Dang Anum. Menitis air rembesan cair dari dalam mulut Si Dang Anum terlihat akan nangka yang di bawa oleh Si Pencacai Sultan Mahmud . Hatta diminta Si Dang Anum seulas nangka yang dibawa Si Pencacai Sultan Mahmud. 

Dengan sekelumut sifat rahim yang ada dalam diri Si Pencacai Sultan Mahmud, di kabulkan permintaan Si Dang Anum. Terlepas segala derita ketagihan yang di tanggung si Dang Anum dengan hanya seulas nangka daripada Si Pencacai Sultan Mahmud. Usai menunaikan hajat Si Dang Anum, Si Pencacai pulang persembahkan kepada Sultan Mahmud, nangka. Murka dengan kehilangan seulas nangka, di heretnya Si Dang Anum selapas siasatan dijalankan. 

Seksa yang amat ditanggung Si Dang Anum apabila bahagian tubuh depan dibawah dada comelnya di belah kerana menimbulkan kemurkaan Sultan Mahmud. Seulas nangka jadi pertaruhan nyawa.

Laksamana Bentan, kembali dari medan peperangan dengan hati yang berbunga-bunga untuk menemui kekasih hatinya. Cacau Laksamana, terkejut akan kejadian yang menimpa. Hati remuk..kelam..kusam.. seulas nangka ditukar ganti dengan sekujur tubuh kaku isteri terchenta. Hati remuk..kelam..kusam.. 

Keris yang masih lagi panas disirami darah musuh Negara bakal meratah darah pemerintah Negara. Usai keris di loban. Berpencak Si Laksamana. Keris dihunus.. Terketar-ketar tangan Sultan Mahmud mencabut tusukan keris. Darah membuak-buak keluar. 

Dilontar keris kearah Laksamana Bentan. Seraya berkata Sultan Mahmud sebelum mendapat gelaran mangkat. “ Beta Sumpah Tujuh Keturunanmu di Bumi Kota Tinggi” . Cubaan mengelak keris yang melayang, namun ia setia menyinggah di ibu jari kaki Si Laksamana. Meraung Si Laksamana. Menggelupur. Jejak keruh Sultan Mahmud dituruti. 

p/s : Lagenda, mitos atau dongengan? Satu hari nanti kita tahulah jawapannya. InShaa Allah, semoga terungkai segalanya.

Comments