E-Skoba – Malaysia4All : DAP fitnah ROS selepas penipuan terbongkar


DAP fitnah ROS selepas penipuan terbongkar 

DAP giat melancarkan serangan terhadap ROS supaya ahli parti tidak menyalahkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng selepas pemilihan semula CEC pada 2013 dibatalkan. 

Dua beranak itu melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap ROS untuk menutup penipuan mereka yang sudah mula terbongkar. 

Mereka mencari alasan dan mengarahkan budak suruhan, Anthony Loke membuat kenyataan bodoh yang menuduh ROS tidak adil dan mempertikaikan mengapa ROS perlu mengambil masa 4 tahun untuk membatalkan pemilihan semula. 

Sebenarnya, sejak pemilihan 2012, ROS telah memberi peringatan kepada DAP supaya mengadakan semula pemilihan. 

Tetapi penipuan berlaku sekali lagi semasa pemilihan semula 2013 dan ROS telah pun memberi amaran pada Sept tahun itu. 

Sekarang DAP menuding jari kepada ROS untuk menutup penipuan mereka dan mengelak ahli parti tahu bahawa selama 4 tahun ini mereka hidup dalam penipuan dan pengkhianatan. 

Jika perkara sebegini pun mereka boleh menipu, apatah lagi jika memerintah negara. #PakatanproDAP - #Malaysia4All

Comments