Hospital Kanak-Kanak Permata (HKK PERMATA)
Projek
Hospital Kanak-Kanak Permata telah diluluskan oleh Kabinet pada tahun 2010 di
bawah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan mendapat peruntukan sebanyak
RM606juta bagi pembinaannya.
Hospital ini memberi keutamaan kepada ciri-ciri
mesra kanak-kanak dan ibu bapa dalam pembinaannya bagi memberikan suasana yang
dapat mengurangkan tekanan, keresahan dan kesakitan yang dialami oleh
kanak-kanak.
Hospital moden dan berteknologi tinggi ini juga turut mempunyai
pelbagai kemudahan seperti 250 katil, 198 bilik persendirian, 52 katil wad
rawatan harian dan parkir untuk 1,600 kereta. #Negaraku #BarisanProRakyat - #Malaysia4All
Comments