Malaysia, Najib terima pengiktirafan antarabangsa
Maka berhempas pulaslah puak Pakatan memikirkan strategi
baharu untuk memburukkan nama Malaysia kepada masyarakat antarabangsa selepas
mengetahui fitnah yang dijaja selama ini telah gagal.
Bukan sahaja kerajaan China telah memuji Perdana Menteri
Najib Razak dalam usahanya mempertingkat hubungan diplomatik kedua negara itu
tetapi kerajaan Arab Saudi juga telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang
berjaya.
Najib berkata pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja
Salman di Malaysia adalah satu kejayaan kerana Raja Salman Abdulaziz boleh
memilih negara lain untuk membina tersebut.
"Tetapi Baginda (Raja Salman) yang juga penjaga kepada
dua kota suci Makkah dan Madinah tetap memilih Malaysia.
" Malaysia telah menyediakan tanah seluas 16 hektar di
Putrajaya untuk pembinaan pusat itu dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamed
Salman telah bersetuju untuk merasmikan tapak pembinaan itu. #Negaraku
#BarisanProRakyat- #Malaysia4All
Comments