E-Skoba – Malaysia4All : Team bapa dan anak DAP sudah panik Jika benar DAP adalah satu parti yang demokratik
Team bapa dan anak DAP sudah panik Jika benar DAP adalah
satu parti yang demokratik,
Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng patut
berhenti mengkritik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan mengadakan pemilihan
semula.
Setelah diarah sedemikian, mereka tidak berhenti-henti menyoal
keputusan itu seolah-olah ia adalah salah dan tidak adil.
Namun kebenarannya
ialah pemilihan parti itu dilakukan dengan tidak adil dan banyak soalan yang
tidak dapat dijelaskan mereka.
Contohnya, kenapa perwakilan yang menentang bapa
dan anak itu tidak menerima surat notis AGM?
Kenapa veteran DAP Dr Tan Seng
Giaw tidak menjadi antara 20 orang perwakilan yang dipilih walaupun beliau
sangat popular dalam parti itu?
Adalah kerana beliau bukan dalam team bapa dan
anak? Banyak lagi persoalan timbul dan ia diketahui oleh ROS.
Jadi parti
hipokrit ini patut menghormati keputusan ROS dan buatlah apa yang patut.
Apa
yang jelas disini ialah bapa dan anak sudah panik dengan kemungkinan mereka
akan kalah dalam pemilihan semula parti. - #Malaysia4All
Comments