E-Skoba – Malaysia4All : Tiada harapan untuk Pakatan

Tiada harapan untuk Pakatan 

Melihat senarai kepimpinan Pakatan Harapan, rakyat tertanya-tanya siapa sebenarnya antara Tun Dr Mahathir, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah yang mempunyai kata putus untuk puak pembangkang itu. 



Senarai kepimpinan tertinggi pakatan itu seolah sengaja tidak mahu menjelaskan dengan nyata siapa yang paling berkuasa di antara tiga individu yang masing-masing dilantik Pengerusi, Ketua Umum dan Presiden pakatan.   

Melihat keadaan pemimpin Pakatan yang sentiasa bertelagah, tidak mustahil Pakatan akan berpecah akibat pertembungan Mahathir-Anwar. 

Itu belum lagi mengambil kira wakil DAP Lim Guan Eng yang terkenal sikap pemerintah kuku besinya. 

Pertelagahan dalaman ini pastinya akan merencatkan proses pendaftaran Pakatan Harapan seperti apa yang berlaku pada Pakatan Rakyat yang sampai sudah tidak pernah didaftarkan. 

Nampaknya Pakatan hanya akan tinggal harapan. #PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14  - #Malaysia4All

Comments