Transit Aliran Massa (MRT) - Stesen Merdeka
Agak unik apabila sesebuah stesen MRT bawah tanah menggunakan tema kemerdekaan dalam reka bentuknya.
Inilah yang dapat dilihat pada Stesen Merdeka yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.
Stesen ini mengangkat tema kemerdekaan dalam reka bentuknya, misalnya nama stesen itu sendiri “Stesen Merdeka” yang diambil sempena nama Stadium Merdeka iaitu tempat Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada jajahan British pada 31 0gos 1957.
Selain itu, dinding stesen turut dipenuhi dengan teks Rukun Negara yang merupakan ikrar nasional Malaysia.
Keunikan yang ditonjolkan stesen ini bukan sahaja mampu menarik perhatian orang ramai dan pelancong malah dalam masa sama menampilkan kembali warisan, budaya dan sejarah kemerdekaan Malaysia agar tidak luput ditelan zaman. #Negaraku #TerimakasihPM #BarisanProRakyat - #Malaysia4All
Comments