Transit Aliran Massa (MRT) -Stesen Maluri
Tema generasi baru
yang digunakan dalam pembinaan stesen MRT Maluri adalah sangat segar, menarik
dan mengikut arus perkembangan zaman.
Selain mengangkat tema generasi baru,
stesen bawah tanah dengan kedalaman 24m ini turut menekankan konsep pemulihan
kawasan perindustrian ringan dan perumahan lama kepada bentuk segar dalam reka
bentuknya.
Ia juga menjadi stesen pertukaran ke LRT RapidKL (laluan Ampang) dan
menyediakan kemudahan seperti eskalator, kedai, tandas, perhentian bas, dan
tempat menunggu teksi dengan tujuan memudahkan urusan orang ramai yang
menggunakan perkhidmatan MRT di stesen ini.- #Malaysia4All
Comments