Keputusan Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkenaan
bantuan tanaman semula yang tidak akan diteruskan dilihat sebagai keputusan
kejam.
Selain tidak memikirkan soal nasib dan masa depan pekebun
kecil, kementerian tidak langsung sensetif dengan permasalahan yang berlaku di
kalangan pekebun kecil dalam negara.
Hampir 650,000 pekebun kecil dalam negara bakal gulung
tikar kerana tidak mampu untuk teruskan pengusahaannya.
Malah tindakan kerajaan menghentikan semua skim bantuan
untuk Pekebun Kecil merupakan satu penganiayaan. Pekebun kecil dalam negara. Kebanyakkan
pekebun kecil telah berumur malah tidak mempunyai pendapatan tetap selain
bergantung pada hasil tanaman pengusahaannya.
Oleh itu, tindakan menghentikan bantuan penanaman semula
sebenarnya menekan kehidupan golongan pekebun terus melarat sejak harga sawit
merudum teruk tahun lalu.
Tindakan kerajaan menghentikan bantuan Skim Tanam Semula
Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) bukanlah satu cadangan yang baik untuk meningkatkan
ekonomi negara sebaliknya dilihat sebagai satu usaha untuk menghentikan
perusahaan tanaman sawit di masa akan datang.
Keputusan ini adalah tidak adil dan ianya harus dikaji
semula demi kesinambungan hidup pekebun kecil yang rata-ratanya adalah di
kalangan orang yang kurang berkemampuan.
Selain itu, pembatalan skim ini akan memberi kesan
terhadap sosiekonomi negara kerana pendapatan negara juga bergantung pada hasil
tanaman yang diusahakan pekebun kecil.
Oleh itu, pihak kerajaan sebenarnya harus memikirkan cara
terbaik untuk membantu pekebun kecil bukan menekan kehidupan pekebun kecil
dengan menghentikan skim bantuan tanaman semula dengan alasan yang tidak
munasabah.
Sebagai Menteri yang diamanahkan untuk meningkatkan
pendapatan industri dalam negara, Teressa Kok seharusnya sepatutnya memikirkan
cara terbaik untuk meningkatkan semula industri tanaman kelapa sawit. Bukannya
ambil langkah mudah dengan membatalkan skim itu tanpa memikirkan nasib
pekebun-pekebun kecil yang rata-ratanya bumiputera Melayu.
DATUK DR. DOMINIC LAU
Presiden Gerakan Rakyat
Comments