Sebuah buku baru bertajuk "DAP BAHAYA KEPADA MELAYU
DAN ISLAM DI MALAYSIA" oleh kumpulan think-thank AIDC.
Pendedahan mengejutkan bekas Timbalan Pengarah Cawangan
Khas, Yuen Yuet Leng membayangkan bahawa Komunis telah membantu parti-parti
pembangkang, termasuk DAP, untuk memenangi sebilangan besar kerusi pada PRU
1969.
Yuet Leng berkata Komunis menyusup masuk ke dalam
pembangkang sebelum pilihan raya, yang membantu mereka menembusi kawasan yang
sebelum ini dipegang oleh Perikatan kerajaan.
“Komunis itu telah menyusup masuk dalam banyak organisasi
undang-undang, termasuk parti-parti politik, dan itulah yang membawa kepada
pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum 1969,” katanya dalam program “Cerita
Tanah Airku” di Telekom Malaysia bersempena dengan Hari Malaysia.
Beliau berkata, rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berpunca
daripada provokasi oleh sesetengah masyarakat Cina yang menyambut kemenangan
pembangkang dalam PRU itu dan disambut dengan ‘aksi berlebihan’ daripada
masyarakat Melayu.
“Beberapa samseng Cina menjerit dengan kata-kata
penghinaan perkauman yang melampau dan ini menjadikan orang Melayu sangat
marah.
Saat sukar dalam masa 48 jam, dan pada akhir kejadian
itu, lebih 200 orang terbunuh dan 43 ditembak oleh pihak polis,” katanya.
Beliau berkata sentimen isu-isu perkauman yang ditiupkan
parti politik hanya akan membawa kepada kemusnahan negara. “Ia memerlukan usaha
tiga kaum utama untuk menamatkan rusuhan.
Saya hanya mahu hantar satu mesej kepada generasi muda
hentikan perkauman. Kita tidak mampu menyelamatkan negara ini tanpa
menghilangkan perkauman,” katanya lagi.
Menurut rekod, salah seorang pengasas DAP, Chan Kok Kit
dan veteran parti, Chian Heng Kai telah ditahan ISA selama 57 bulan dari tahun
1976-1981 kerana didakwa terlibat dalam Communist United Front (CUF).
Kok Kit adalah salah seorang jawatankuasa pro-tem DAP
pada tahun 1966. Manakala, Heng Kai menyertai DAP pada tahun 1967, setahun
selepas parti itu diluluskan ROS sebagai parti berdaftar.
Kira-kira tujuh tahun selepas tragedi 13 Mei 1969, pada
tahun 1976, Kok Kit dan Heng Kai telah ditahan ISA bersama lima tokoh lain yang
diklasifikasikan sebagai CUF.
Ketika ditahan ISA, Kok Kit merupakan Penolong Bendahari
DAP Kebangsaan, manakala Heng Kai pula adalah Setiausaha Publisiti DAP
Kebangsaan yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Batu Gajah serta ADUN Pasir
Puteh.
Kok Kit merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa CEC
pertama DAP bagi sesi 1968/1969 bersama Dr Man Hin (Pengerusi) dan Kit Siang
(Setiusaha Organisasi).
Tidak seperti Dr Man Hin yang menang di Parlimen Seremban
Timur dan DUN Rahang serta Kit Siang menang di Parlimen Bandar Melaka pada PRU
1969, namun Kok Kit tidak bertanding pada PRU itu.
Kok Kit hanya bertanding pada PRU 1974 di DUN Bandar
Kelang, namun tewas, tetapi dia tetap merupakan pemain utama parti di balik
tabir.
Pada 4 Februari 1977, Ketua Polis Negara, Tan Sri Haniff
Omar, berkata lima daripada enam pemimpin politik ditahan di bawah ISA itu
telah membuat pengakuan bahawa mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti membantu
CUF, namun dua daripada mereka tidak mahu membuat pengakuan terbuka kerana mahu
menjaga karier politik mereka.
Mereka dituduh sebagai individu yang bertindak bagi
kepentingan PKM di bawah pimpinan Chin Peng.
Kit Siang yang ketika itu merupakan Ketua Pembangkang dan
Setiausaha Agung DAP mendakwa kenyataan Ketua Polis Negara yang merujuk kepada
‘dua orang yang tidak mahu mengaku secara terbuka’ itu merujuk kepada Heng Kai,
Ahli Parlimen DAP Batu Gajah dan Kok Kit, Penolong Bendahari DAP Pusat.
Dapatkan banyak lagi pendedahan mengejutkan antaranya
bagaimana Kit Siang membunuh karier Devan Nair, serta kata-kata nista ahli-ahli
DAP ke atas orang Islam pada tahun 1969. Kumpulan think-thank AIDC yang
menerbitkan buku tersebut menyatakan 99.
RAKYAT SEDAR 9% isi kandungan buku tersebut adalah benar dan sahih
antaranya dari sumber Cawangan Khas tahun 1969 serta pendedahan ahli-ahli DAP
yang telah berpaling tadah.
Kumpulan think-thank AIDC.
CnP
#PH_kerajaansepengal
Thanks
Comments