Keputusan kabinet PH untuk meneruskan pelaksanaan tulisan
jawi si sekolah venakuler, TETAPI hanya setelah mendapat persetujuan PIBG. Ini
adalah keputusan paling tidak munasabah, tiada rasionalnya dan tidak selari
dengan semangat pelembagaan.
Ia adalah jalan mati untuk Jawi dalam sistem sekolah
tersebut. Melihat sikap chauvinistic pendukung sekolah vernakular dalam isu
ini, tiada PIBG yang akan memberikan persetujuan untuk ia dilaksanakan.
Di mana rasionalnya kurikulum KPM memerlukan persetujuan
PIBG untuk di laksanakan. Apa peranan PIBG dalam memenuhi objektif pembelajaran
dan pengajaran?
Keputusan tersebut MENYAKINKAN semua pihak, bahawa isu
tulisan jawi ini adalah sandiwara PH untuk memesongkan perhatian rakyat
terhadap isu hakiki yang menghantui tanahair sekarang ini.
PPBM ingin jadi juara kepada orang Melayu sementara DAP
pula mahu dilihat sebagai pejuang sebenar kepentingan bangsa Cina. Kedua-dua
gagal dalam PEMENTASAN mereka kali ini.
Akhirnya yang menang ialah Dong Jioa Zong, pertubuhan
yang gelarkan rasis oleh YAB Perdana Menteri.
Desakan Dong Jiao Zong telah menyebabkan tersungkurnya
semua anggota Jemaah Menteri dalam mempertahankan wibawa sistem Pendidikan
Pasional.
Tidak pernah terjadi dalam sejarah pendidikan negara ini,
pendidikan dipolitikkan sebegini rupa.
PH telah tunduk kepada desakan Melayuphobia dan Islamophobia
yang dijuarai oleh DAP dan penaugnya Dong Jiao Zong.
Kepada Menteri Pendidikan, anda mempunyai tanggungjawab
perlembagaan untuk bukan sahaja memperjuang dan mempertahankan kedudukan Bahasa
Melayu tetapi memperkukuhkannya.
Anda telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab
perlembagaan ini. Saudara mesti mengambil pertanggungjawaban atas nya.
Saudara tahu apa yang wajar dilakukan dan demi tanahair
ini, saya mendesak saudara berundur dengan hormatnya.
- Facebook YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan
Comments