E-Skoba - #MenujuPRU15 > Isu jawi hanya wayang kerajaan PH


JOHOR BAHRU - Isu berkenaan tulisan Jawi dalam Subjek Bahasa Melayu dianggap hanya wayang kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam mengaburi mata rakyat sebelum mereka berkompromi dengan perkara lebih besar.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antaranya contoh yang boleh diberi adalah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu UEC.
"Isu berkenaan tulisan jawi dipentaskan seolah-olah kerajaan bersungguh-sungguh mahu memartabatkan bahasa dan budaya Melayu sebagai elemen penting dalam perpaduan nasional.
"Sedangkan semua itu hanyalah polemik yang mempunyai motif tersembunyi. Guru-guru boleh memilih untuk tidak mengajarkannya. Ia akan tinggal di dalam buku teks sebagai sekadar satu tajuk yang tidak ada pemberat," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.
Kementerian Pendidikan sebelum ini memaklumkan akan memperkembangkan pembelajaran tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu sebanyak enam muka surat sebelum dikurangkan menjadi tiga muka surat akibat mendapat desakan daripada segelintir masyarakat. - UTUSAN ONLINE

Comments