E-Skoba - #MenujuPRU15 > Kenyataan Shu Qi:Politik sempit, cauvinis


JOHOR BAHRU  - Tindakan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi melabelkan tulisan Jawi sebagai medium penulisan bahan lucah adalah satu bentuk penghinaan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga Istana Johor dan kerajaan negeri.

Dewan Muda Johor (DMJ) menerusi satu kenyataan berkata, sebagai seorang Ahli Parlimen dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), beliau tentu mengetahui bahawa tulisan Jawi adalah tulisan rasmi surat menyurat antara pihak istana dan kerajaan negeri.
Menurut DMJ, bukan itu sahaja, malah kenyataan berbaur penghinaan beliau terhadap tulisan Jawi serta melabelkan umat Islam sebagai ekstremis adalah sangat biadab, dangkal dan dipercayai bermotifkan politik perkauman yang bertujuan menggangu keamanan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Penghinaan dibuat Shu Qi itu nyata membangkitkan kemarahan dan kekecewaan ramai netizen daripada pelbagai kaum termasuk masyarakat Cina sendiri dan sepatutnya isu itu sudah tamat tetapi sikap menangguk di air keruh pemimpin DAP dan Dong Jong dan Ziao Jong menjadikan ia semakin rumit.
"Tindakannya membuatkan rasa hormat kepada orang Melayu dan warisan budaya bangsa berada pada tahap sifar apabila beliau terus-menerus menjadikan subjek khat Jawi Bahasa Melayu sebagai modal politik kebencian," demikiN menurut DMJ menerusi kenyataan itu.
DMJ berkata, tindakan dibuat Shu Qi itu juga jelas merupakan sebahagian agenda politik kebencian apabila dengan jelas terdapat pencanggahan pendirian serta naratif amat ketara kerana pada satu masa Jawi dikatakan adalah elemen lucah dan ada pula mengatakannya satu elemen Islamisasi.
Justeru, DMJ mendesak Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan Ketua Dapsy Johor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sheikh Umar Ali untuk menyatakan pendirian terhadap isu berkenaan.
Pada masa sama, menurut DMJ,DAP juga perlu mengambil tindakan tatatertib sewajarnya selain Shu Qi perlu meletakkan jawatan, sekadar permohonan maaf secara terbuka tanpa tindakan serius tidak mencukupi kerana sudah tiba masa rakyat negara ini bertegas dengan politikus cauvinis. - UTUSAN ONLINE

Comments