Sebahagian kita mungkin melihat Tan Sri Rais Yatim ini
sebagai ahli politik dan intelektual Melayu sebab beliau sentiasa bercakap
bahasa Melayu baku.
Sebenarnya, selain kebolehan berbahasa dengan baik,
beliau bukanlah terkenal sebagai seorang yang mempunyai pemikiran besar.
Rais Yatim tidak menyumbang apa-apa kepada dakwah Islam
atau kemajuan orang Melayu. Beliau hanya oportunis politik yang mengambil
kesempatan dari kasih sayang orang Melayu terhadap bahasa Melayu.
Hanya ada dua kesimpulan mengenai Rais Yatim ini apabila
beliau mendakwa tiada masalah antara orang Melayu dengan penganut agama Hindu sebelum
kedatangan Dr Zakir Naik - sama ada beliau seorang bodoh atau penipu.
Isu antara penganut agama Islam dan Hindu di negara ini
sentiasa ada.
Misalnya pada 1998 berlaku pergaduhan di Kampung Rawa,
Pulau Pinang membabitkan masayarakat Melayu dan India.
Pada tahun 2001 sekali lagi berlaku pergaduhan antara
masyarakat India dan Melayu di Taman Medan, Selangor.
Antara tahun 2005-2008, Hindu Rights Action Force
(HINDRAF) mengadakan demontrasi, ceramah dan kempen menuduh Kerajaan Malaysia
menindas penganut agama Hindu dan merobohkan beribu-ribu kuil atas sebab agama.
Hasilnya kerajaan BN Selangor kalah dalam pilihan raya
2008 kerana isu kuil Rimba Jaya, Shah Alam.
Wakil rakyat MIC bagi DUN Lunas juga pernah ditembak mati
pada tahun 2000. Walaupun ia tidak boleh disahkan berkait dengan isu agama,
namun ia salah satu teori ketika itu.
Ini belum ditulis pergaduhan kecil dan terpencil yang
tidak diperbesarkan oleh media.
Justeru ada buat kesimpulan siapa Rais Yatim ini -
pembohong atau bodoh!
Jika Zakir Naik melakukan kesalahan di negara ini beliau
harus didakwa di negara ini. Namun setakat ini jelas ucapan beliau
diputarbelitkan oleh Malaysiakini.
Apa jenis manusia Islam bernama Rais Yatim ini sanggup
meminta Dr Zakir Naik diserahkan kepada kerajaan India yang diperintah oleh
parti ektremis Hindu?
Dr Zakir Naik adalah pendakwah terkemuka Islam yang telah
berjaya menyampaikan risalah Allah kepada ribuan bukan Islam. Adakah kita mampu
melakukan seperti beliau?
Beliau tidak pernah menghasut orang Islam membenci bukan
Islam, apatah lagi berperang dengan bukan Islam. Beliau hanya membuat
perbandingan Islam dengan agama lain.
Kebanyakan ceramah beliau hanya berkisar kepada
membuktikan kepada umum mengapa al-Quran adalah risalah tulen dari Allah.
Apakah tidak ada sedikit pun perasaan kasih sayang kita
kepada beliau?
Apakah kita lebih mementingkan perasaan Hindraf dan
pemerintah india yang dikuasai oleh Bharatiya Janata Party (BJP)?
BJP adalah sebuah parti ektremis Hindu yang terbabit
mengahsut penganut agama Hindu meruntuhkan masjid Babri di India pada 1998.
Amat memalukan jika ada orang Islam memliih menyokong
Hindraf dan BJP berbanding Dr Zakit Naik.
Rendah sungguh nilai iman kita hari ini.
BJP parti pemerintah India hari ini adalah kumpulan yang
sama menghasut penganut agama Hindu di India memusnahkan Masjid Babri pada
1998.
Hari ini orang seperti
Rais Yatim dan Datuk Kadir Jasin menyarankan supaya pendakwah Islam, Dr Zakir
Naik dihantar pulang ke India.
Kuasa dan wang boleh meruntuhkan nilai Islam sekelip mata
termasuk menyerah jiwa kepada Hindraf.
- Ab Jalil Backer Facebook
- Ab Jalil Backer Facebook
Comments